Sunday, 7 June 2015

Siapakah Yang Perlu Memiliki Medical Card?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca sekalian. Artikel kali ini adalah berkenaan kepentingan memiliki Medical Card Prudential BSN Takaful.

Ramai prospect diluar sana tidak mengetahui keperluan dan kepantingan perlindungan Medical Card ini. Kebanyakannya mereka akan bertanya:

1) Mengapa saya perlu ambil Medical Card kerana saya sudah dilindungi oleh company?
2) Kalu sakit saya boleh pergi Hospital Kerajaan sahaja
3) Medical Card Mahal, tak ada ke dalam RM50?
4) Belum ada budget lagi

Ini adalah soalan-soalan lazim yang sering ditanyakan atau cubaan untuk mengelak dari mengambil Medical Card. Ingin saya tekankan disini bahawa kami x pernah paksa anda untuk ambil atau tidak tetapi kami sebagai PENASIHAT PRUDENTIAL BSN TAKAFUL adalah menjadi tugas kami untuk beri KESEDARAN dan cuba untuk  MEMBANTU anda diluar sana untuk DILINDUNGI demi masa hadapan anda yang lebih cerah.

Siapakah Yang Perlu Memiliki Medical Card?



Pendapat orang ramai menyatakan Insurance ini adalah untuk orang-orang kaya, berduit sahaja. Betul ke?



Bagi golongan yang berduit ini mesti anda mempunyai banyak harta, aset dan simpanan daripada hasil titik peluh anda sendiri ataupun simpanan daripada hasil perlaburan anda. Oleh itu anda tidak mempunyai halangan/masalah untuk memberi komitmen terhadap bayaran caruman setiap bulan.



Tetapi andailah nak dijadikan cerita, anda mengalami serangan jantung di pejabat dan anda terus dikejarkan ke Hospital yang terdekat, adakah anda mempunyai wang yang mencukupi didalam wallet anda untuk menampung pembelanjaan anda semasa anda sedang masuk ke Hospital tersebut? Anda banyak duit simpanan didalam bank, tetapi bolehkah orang lain mengeluarkan duit anda didalam bank tersebut? Anda mahu bagi no pin kad ATM anda kepada rakan anda? Mampukah anda untuk beri maklumat anda semasa anda sedang menahan sakit?
Contoh Bill Rawatan Jantung Di IJN

Jika anda mempunyai Medical Card, anda hanya perlu menunjukkan sahaja medical card anda kepada kaunter pendaftaran. Tetapi bagaimana pula dengan golongan yang kurang berduit pula bagaimana?

Bagaimana untuk anda mengharungi situasi seperti diatas? Wang simpanan anda cukup ke untuk menampung perbelanjaan tersebut? Adakah keluarga anda dan sahabat anda mampu untuk bantu anda semasa anda susah? Itulah gunanya medical card.

Sakit ini bukannya mengenal usia. Sedangkan bayi yang baru lahir juga boleh terdedah dengan pelbagai penyakit. Jika anda mengalami situasi seperti gambar disebelah, anda sudah bersedia ke untuk menanggung kos rawatan tersebut?
Golongan Kurang Berduit: "Oh saya x mampu untuk mohon medical card. Gaji saya Berapa sangat je". Kebanyakan rakyat kita boleh je hisap rokok, shopping tudung sampaikan kene que berjam-jam baru boleh masuk kedai, berkaraoke sana-sini. Mari kita tengok contoh paling ketara, rokok. Semua orang tahu merokok itu HARAM di sisi Islam. Tak kiralah Dunhill ke, Marlboro ke, e-cigarette ke, vapour ke, fatwa telah menjatuhkan hukum merokok itu HARAM tetapi masih ramai yang menghisap rokok. Malah perbelanjaan rokok itu sendiri mencecah RM300 sebulan. Jika perokok ini gunakan dana rokok ini untuk mohon medical card, mereka akan dapat plan yang bagus iaitu Health Enrich Advance dimana lebih benefit yang mereka boleh dapat. Untuk medical card biasa sahaja bukannya sampai pun RM300 malah anda boleh dapat dalam harga bawah RM200 bergantung faktor umur dan kesihatan. Oleh itu kenapa bagi alasan anda tak mampu lagi? Terang-terang anda tahu jika anda merokok, anda akan memendekkan tempoh nyawa anda.

Boleh pergi Hospital Kerajaan. Murah Tak Payah Pening-pening Kepala


Ini adalah statement yang sering konsultant dengar dari mulut prospect diluar sana. Saya personally bersetuju dengan statement kos rawatannya murah dimana sebelum ni pun saya pernah dimasukkan ke Hospital Kerajaan. Tetapi anda pasti ke kos rawatan kritikal murah? Anda pasti ke kos peralatan yang digunakan untuk merawat anda itu murah? Betul ke anda tak pening kepala????

Ya, rawatan harian memang murah. Hanya pendaftaran RM5 dah boleh settle dah. Tetapi bagaimana dengan Jantung? Kanser? Murah ke? Anda sanggup ke menunggu selama berjam-jam untuk hanya untuk berjumpa doktor dan menunggu berjam-jam lagi untuk mendapatkan keputusan? Anda mahu tunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan rawatan susulan?

Jika murah kenapa perlukan sumbangan orang awam?
Saya personally pernah mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan akibat insiden semasa bermain futsal pada pertengahan tahun 2012 dimana keesokannya pergi ke Hospital Kerajaan untuk mendapatkan rawatan dan didapati lutut kaki saya sudah lari dan saya perlu merehatkan diri saya. Kemudian saya dibekalkan sebuah alat bantuan untuk kaki saya dimana selepas 3 bulan baru saya dapat menggunakan peralatan tersebut kerana ketiadaan stok. Kos peralatan tersebut adalah RM800. Jika alat yang lebih baik kosnya dalam RM1,000 - 2,000++. Terkejut juga saya tak sangka kosnya mahal jugak. Ingatkan semuanya disubsidikan. Nasib baiklah saya memang ada cash ketika itu.

Company Sudah Lindungi Saya!!!


Alhamdulillah anda sudah dilindungi oleh syarikat anda tetapi cuba rujuk gambarajah di sebelah. Cuba letakkan diri anda sebagai pemilik syarikat. Anda rasa jika staff anda dalam keadaan tidak sempurna dan tidak sihat, adakah anda menilai staff anda sebagai aset atau liabiliti syarikat? Apa akan anda buat kepada liabiti di dalam syarikat? Mesti anda akan buang liabiti tersebutkan.

Sebab itu anda perlukan perlindungan untuk diri anda sendiri juga. Anda akan dapat kelebihan seperti gambar disebelah. Inilah realiti kehidupan. Anda dengan senangnya dapat digantikan serta-merta terutama anda bekerja di syarikat yang hebat dan gah. Ramai graduan-graduan dan pencari kerja diluar sana ingin membina karier di syarikat-syarikat seperti ini. Mereka bukannya pedulikan terhadap anda. Susah-senang anda menaikkan syarikat bukannya dipandang oleh orang lain.

Seperti kes rombakan semula salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia baru-baru ini apakah nasib mereka? Masihkah syarikat tersebut menjaga kebajikan mereka yang terlibat? Anda sendiri boleh tahu apa jawapannya kan.

Bagaimana pula nasib anda baik dan kehidupan dan karieer anda berjalan lancar dan anda bersama-sama dengan syarikat sehingga anda bersara, apakah yang akan terjadi selepas anda bersara? Syarikat masih menjaga kebajikan anda?

Jawapannya TIDAK. Syarikat hanya melindungi kakitangannya sahaja, bukan bekas kakitangan. Selepas bersara baru sudah tiada medical card company dan baru mula nak mohon, harga sudah mahal atas faktor umur dan kesihatan. Semakin anda berumur, semakin anda tercenderung terhadap penyakit. Betul kan?






Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mohon?


Jawapannya, Seawal yang mungkin sementara anda masih sihat. Ajal maut dan Sakit itu ketentuan Allah. Sebaik-baiknya lengkapi perlindungan untuk diri dan keluar kita seawal-awalnya. Zaman sekarang sudah ramai yang sedar akan keperluan Medical Card ini. Ramai yang mula melindungi anak-anak mereka sejak baru lahir lagi. Memang x rugi dan banyak faedah jika dilindungi dari awal. Anak kita bukan sahaja mendapat perlindungan malah mereka juga layak untuk mendapatkan bonus pengajian bagi pencapaian mereka. Dengan Prudential BSN Takaful juga dilengkapi dengan simpanan. Jadi anak anda bukan sahaja dilindungi malah juga anak anda mempunyai simpanan untuk membantu mereka menanggung pembelanjaan mereka semasa melanjutkan pelajaran ke Universiti kelak.

Oleh itu dari segi umur, anda layak mohon dari berumur seawal 14 hari bergantung juga faktor kesihatan. Bagi yang telah lanjut tu mohonlah seawal yang boleh. Semakin berumur semakin mahal medical card anda.


Medical Card Bawah RM50

Soalan favourite setiap prospect. Bagi pihak Prudential BSN Takaful jawapannya, TIADA. Kenapa?


  1. Kos rawatan mahal. Dengan dana yang terkumpul daripada caruman sebanyak itu tidak dapat menampung kos pembayaan dan merugikan syarikat.
  2. Medical kami adalah medical card terbaik sekali No. 1 di Malaysia dan telah diiktiraf oleh semua pihak dari segi service dan product range. Malah premium bermula pada hanya RM100 dan mempunyai simpanan.
  3. Medical Card Prudential BSN Takaful adalah First Party, bukan Third Party. Kelebihannya, medical card kami diuruskan oleh Prudential sendiri bukan pihak ketiga. Jika diuruskan oleh pihak ketiga, 1) Harga medical card anda boleh dinaikkan bila-bila masa sahaja 2) Medical Card anda boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja jika penggunaan anda yang tinggi. Sedangkan kereta kita ambil First Party Insurance kenapa untuk diri kita hanya ambil Third Party?




Saya berharap penerangan saya kali ini dapat memberi maklumat dan jawapan yang dicari pembaca-pembaca sekalian dan juga dapat memberi kesedaran betapa pentingnya memiliki Medical Card Prudential BSN Takaful ini. Oleh itu, mohonlah sementara anda sihat dan seawal yang mungkin. Melaburlah untuk diri dan keluarga anda.

Permohonan anda boleh melalui saya di +60182234252 Idzham. Anda juga boleh click pada no tersebut untuk mengunjungi FB saya

Sunday, 31 May 2015

Mengapa Perlu Memiliki Perlindungan Penuh?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Semoga pembaca-pembaca sihat sejahtera. Disini adalah median saya untuk berkongsi dengan pembaca berkenaan kepentingan perlindungan takaful. Sebagai Konsultan Prudential BSN Takaful, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyedarkan dan berkongsi informasi mengenai perlindungan ini.



Mari kita faham apa sebenarnya KONSEP TAKAFUL ini. Konsep ini adalah satu dana dimana wang peruntukan ahli akan dikumpulkan ke dalam 1 dana seperti tabung dalam kata lainnya Tabarru'. Dengan hasil yang terkumpul, dana tersebut dilaburkan kepada Amanah Saham yang mematuhi Syariah. Peruntukan ini akan digunakan untuk melindungi ahli-ahlinya sebagai pampasan kepada pesakit ataupun waris si mati. Oleh itu secara tidak langsungnya, pencarum juga bersedekah dan saling membantu antara satu sama lain.

KENAPA PERLU ADA PERLINDUNGAN???


  • Adakah kita boleh jangka bila TARIKH DAN MASA kita akan mati?
  • Bolehkah kita jangka bahawa esok kita masih sihat ataupun masih hidup??
  • Adakah kita MAMPU untuk menanggung kos rawatan kita???
  • Adakah KELUARGA kita MAMPU untuk menanggung kita???
  • Adakah RAKAN-RAKAN akan BANTU kita semasa kita dalam KESUSAHAN??
  • Adakah kita mahu TINGGALKAN BEBAN kepada orang sekeliling kita terutama KELUARGA kita????



Bila difikirkan balik Ajal dan Maut itu adalah ketentuan Nya dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jika berlaku kepada kita, APAKAH PERSEDIAAN DAN PENINGGALAN KITA KEPADA KELUARGA DAN ORANG YANG TERSAYANG.

Disinilah pentingnya untuk kita memiliki Pelan Takaful yang lengkap kepada diri dan keluarga kita. Ini untuk memastikan sekiranya berlakunya sesuatu yang tidak dijangka terhadap diri kita seperti sakit-sakit yang kritikal, kemalangan dan juga kematian, PELAN TAKAFUL yang kita ambil itulah yang akan membantu kita didalam situasi tersebut.

Dan disinilah Pelan Prudential BSN Takaful dapat memainkan peranan penting. Ini adalah kerana Pelan Prudential BSN Takaful menyediakan pelan yang lengkap dimana dapat melindungi pemegang polisi daripada semua perkara diatas. Disamping itu, pelan tersebut dilengkapi dengan simpanan dan perlaburan untuk caruman anda.

PERLINDUNGAN PELAN YANG LENGKAP



  • MELINDUNGI KELUARGA DARIPADA BEBANAN KEWANGAN YANG BESAR DAN DAPAT MENGGANTIKAN PENDAPATAN BULANAN PEMEGANG POLISI SEKIRANYA BERLAKUNYA KEMATIAN
Kematian itu adalah sesuatu yang pasti samada melalui sakit, kemalangan ataupun secara tiba-tiba. Cuma kita sahaja tidak tahu bilakah ia akan berlaku. Inilah pentingnya untuk kita mengambil Pelan Takaful yang lengkap bersama manfaat kematian.


Dengan manfaat ini kita dapat melindungi keluarga kita daripada bebanan kewangan yang akan ditanggung selepas pemergian kita. Kita juga boleh meninggalkan sekurang-kurangnya 2-3 tahun pendapatan kita kepada keluarga kita. Ini dapat digunakan mereka untuk menanggung hutang-hutang yang belum dilangsai dan perbelanjaan pelajaran anak-anak kita.


  • MELINDUNGI DIRI DAN KELUARGA DARI BEBANAN KOS RAWATAN TERUTAMA PEMEGANG MENGHADAPI SAKIT-SAKIT KRITIKAL



Ramai antara kita terlepas pandang tentang kepentingan perlindungan pampasan sakit kritikal. Tahukah anda bahawa KOS RAWATAN untuk sakit kritikal adalah SANGAT TINGGI???

Mempunyai medical card adalah sangat bagus untuk membantu anda menanggung kos rawatan anda tetapi apakah yang akan terjadi jika anda menghadapi sakit kritikal? Dengan adanya manfaat pampasan sakit kritikal boleh membantu anda untuk mengurangkan bebanan kos rawatan sakit kritikal anda dengan menggunakan wang pampasan tersebut.








  • MENDAPATKAN RAWATAN YANG TERBAIK DAN MELINDUNGI KOS RAWATAN YANG TINGGI
Tidak dinafikan kebanyakan antara kita yang telah bekerja di syarikat yang gah ada mempunyai perlindungan rawatan. Ia sesuatu yang sangat bagus. Tetapi adakah kita benar-benar tahu dan faham tentang perlidungan tersebut? Berapakah jumlah perlindungan yang kita perolehi? Apakah yang akan terjadi sekiranya kita diberhentikan secara tiba-tiba atas masalah kewangan syarikat ataupun masalah kesihatan?


Dengan adanya medical card sendiri, anda tidak perlu risau tentang masalah tersebut kerana kita sentiasa dilindungi dan tidak terikat kepada mana-mana syarikat.


  • SIMPANAN DAN PELABURAN
Seperti yang kita sudah ketahui, takaful dimana konsep kita berkongsi risiko dan saling menolong antara satu sama lain melalui caruman kita setiap bulan. Tujuan takaful ini diperkenalkan bukan untuk mengaut keuntungan, malah untuk saling membantu antara satu sama lain tetapi sekiranya berpeluang memberi kita simpanan untuk masa hadapan bukankah lebih bagus dan membantu.

Walaupun kita telah dilindungi, kita masih mengharapkan untuk dijauhi sebarang sakit dan kemalangan. Semakin lama kita hidup dibumi ini, semakin hampir kita dengan penyakit dan kematian. Apa akan terjadi jika kita masih sihat selama 5 - 10 selepas memegang polisi? Dengan mengambil Pelan Takaful beserta simpanan ini, pencarum layak untuk mengambil sebahagian daripada hasil simpanan yang terkumpul.

Dengan adanya sedikit simpanan yang terkumpul ini, mungkin dapat membantu kita dari segi masalah kewangan kita, Bukannya kita boleh jamin kita akan sentiasa senang.

Selain itu, polisi anda tidak akan tamat secara tiba-tiba sekiranya tahun-tahun akan datang anda mengalami masalah kewangan. Dengan adanya simpanan tersebut, dapat membantu anda untuk memastikan Pelan Takaful anda sentiasa aktif dan boleh digunakan. Apakah perasaan anda jika selama 5-6 tahun anda telah membuat caruman secara baik tetapi masuk ke tahun ke 7 anda menghadapi masalah kewangan dan pelan anda tidak aktif dan tidak boleh digunakan? Ini sering berlaku jika anda mengambil pelan takaful tanpa manfaat simpanan.


Diharap penerangan saya ini dapat membantu anda memahami tentang kepentingan memiliki perlindungan takaful yang lengkap ini. Mungkin premiumnya akan lebih tinggi sedikit daripada biasa tetapi sangat berbaloi untuk kita laburkan sedikit wang hasil titik peluh kita untuk menjamin masa hadapan kita.

Dengan Prudential BSN Takaful, anda dapat menikmati faedah-faedah seperti diatas. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, anda boleh menghubungi saya segera di +60182234252. Insya'Allah saya akan berikan yang terbaik untuk anda