Mari kita faham apa sebenarnya KONSEP TAKAFUL ini. Konsep ini adalah satu dana dimana wang peruntukan ahli akan dikumpulkan ke dalam 1 dana seperti tabung dalam kata lainnya Tabarru'. Dengan hasil yang terkumpul, dana tersebut dilaburkan kepada Amanah Saham yang mematuhi Syariah. Peruntukan ini akan digunakan untuk melindungi ahli-ahlinya sebagai pampasan kepada pesakit ataupun waris si mati. Oleh itu secara tidak langsungnya, pencarum juga bersedekah dan saling membantu antara satu sama lain.
KENAPA PERLU ADA PERLINDUNGAN???
- Adakah kita boleh jangka bila TARIKH DAN MASA kita akan mati?
- Bolehkah kita jangka bahawa esok kita masih sihat ataupun masih hidup??
- Adakah kita MAMPU untuk menanggung kos rawatan kita???
- Adakah KELUARGA kita MAMPU untuk menanggung kita???
- Adakah RAKAN-RAKAN akan BANTU kita semasa kita dalam KESUSAHAN??
- Adakah kita mahu TINGGALKAN BEBAN kepada orang sekeliling kita terutama KELUARGA kita????
Bila difikirkan balik Ajal dan Maut itu adalah ketentuan Nya dan boleh berlaku bila-bila masa sahaja. Jika berlaku kepada kita, APAKAH PERSEDIAAN DAN PENINGGALAN KITA KEPADA KELUARGA DAN ORANG YANG TERSAYANG.
Disinilah pentingnya untuk kita memiliki Pelan Takaful yang lengkap kepada diri dan keluarga kita. Ini untuk memastikan sekiranya berlakunya sesuatu yang tidak dijangka terhadap diri kita seperti sakit-sakit yang kritikal, kemalangan dan juga kematian, PELAN TAKAFUL yang kita ambil itulah yang akan membantu kita didalam situasi tersebut.
Dan disinilah Pelan Prudential BSN Takaful dapat memainkan peranan penting. Ini adalah kerana Pelan Prudential BSN Takaful menyediakan pelan yang lengkap dimana dapat melindungi pemegang polisi daripada semua perkara diatas. Disamping itu, pelan tersebut dilengkapi dengan simpanan dan perlaburan untuk caruman anda.
PERLINDUNGAN PELAN YANG LENGKAP
- MELINDUNGI KELUARGA DARIPADA BEBANAN KEWANGAN YANG BESAR DAN DAPAT MENGGANTIKAN PENDAPATAN BULANAN PEMEGANG POLISI SEKIRANYA BERLAKUNYA KEMATIAN
Kematian itu adalah sesuatu yang pasti samada melalui sakit, kemalangan ataupun secara tiba-tiba. Cuma kita sahaja tidak tahu bilakah ia akan berlaku. Inilah pentingnya untuk kita mengambil Pelan Takaful yang lengkap bersama manfaat kematian.
Dengan manfaat ini kita dapat melindungi keluarga kita daripada bebanan kewangan yang akan ditanggung selepas pemergian kita. Kita juga boleh meninggalkan sekurang-kurangnya 2-3 tahun pendapatan kita kepada keluarga kita. Ini dapat digunakan mereka untuk menanggung hutang-hutang yang belum dilangsai dan perbelanjaan pelajaran anak-anak kita.
- MELINDUNGI DIRI DAN KELUARGA DARI BEBANAN KOS RAWATAN TERUTAMA PEMEGANG MENGHADAPI SAKIT-SAKIT KRITIKAL
Ramai antara kita terlepas pandang tentang kepentingan perlindungan pampasan sakit kritikal. Tahukah anda bahawa KOS RAWATAN untuk sakit kritikal adalah SANGAT TINGGI???
Mempunyai medical card adalah sangat bagus untuk membantu anda menanggung kos rawatan anda tetapi apakah yang akan terjadi jika anda menghadapi sakit kritikal? Dengan adanya manfaat pampasan sakit kritikal boleh membantu anda untuk mengurangkan bebanan kos rawatan sakit kritikal anda dengan menggunakan wang pampasan tersebut.
- MENDAPATKAN RAWATAN YANG TERBAIK DAN MELINDUNGI KOS RAWATAN YANG TINGGI
Tidak dinafikan kebanyakan antara kita yang telah bekerja di syarikat yang gah ada mempunyai perlindungan rawatan. Ia sesuatu yang sangat bagus. Tetapi adakah kita benar-benar tahu dan faham tentang perlidungan tersebut? Berapakah jumlah perlindungan yang kita perolehi? Apakah yang akan terjadi sekiranya kita diberhentikan secara tiba-tiba atas masalah kewangan syarikat ataupun masalah kesihatan?
Dengan adanya medical card sendiri, anda tidak perlu risau tentang masalah tersebut kerana kita sentiasa dilindungi dan tidak terikat kepada mana-mana syarikat.
- SIMPANAN DAN PELABURAN
Seperti yang kita sudah ketahui, takaful dimana konsep kita berkongsi risiko dan saling menolong antara satu sama lain melalui caruman kita setiap bulan. Tujuan takaful ini diperkenalkan bukan untuk mengaut keuntungan, malah untuk saling membantu antara satu sama lain tetapi sekiranya berpeluang memberi kita simpanan untuk masa hadapan bukankah lebih bagus dan membantu.
Walaupun kita telah dilindungi, kita masih mengharapkan untuk dijauhi sebarang sakit dan kemalangan. Semakin lama kita hidup dibumi ini, semakin hampir kita dengan penyakit dan kematian. Apa akan terjadi jika kita masih sihat selama 5 - 10 selepas memegang polisi? Dengan mengambil Pelan Takaful beserta simpanan ini, pencarum layak untuk mengambil sebahagian daripada hasil simpanan yang terkumpul.
Dengan adanya sedikit simpanan yang terkumpul ini, mungkin dapat membantu kita dari segi masalah kewangan kita, Bukannya kita boleh jamin kita akan sentiasa senang.
Selain itu, polisi anda tidak akan tamat secara tiba-tiba sekiranya tahun-tahun akan datang anda mengalami masalah kewangan. Dengan adanya simpanan tersebut, dapat membantu anda untuk memastikan Pelan Takaful anda sentiasa aktif dan boleh digunakan. Apakah perasaan anda jika selama 5-6 tahun anda telah membuat caruman secara baik tetapi masuk ke tahun ke 7 anda menghadapi masalah kewangan dan pelan anda tidak aktif dan tidak boleh digunakan? Ini sering berlaku jika anda mengambil pelan takaful tanpa manfaat simpanan.
Diharap penerangan saya ini dapat membantu anda memahami tentang kepentingan memiliki perlindungan takaful yang lengkap ini. Mungkin premiumnya akan lebih tinggi sedikit daripada biasa tetapi sangat berbaloi untuk kita laburkan sedikit wang hasil titik peluh kita untuk menjamin masa hadapan kita.
Dengan Prudential BSN Takaful, anda dapat menikmati faedah-faedah seperti diatas. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut, anda boleh menghubungi saya segera di +60182234252. Insya'Allah saya akan berikan yang terbaik untuk anda




