Sunday, 7 June 2015

Siapakah Yang Perlu Memiliki Medical Card?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera pembaca-pembaca sekalian. Artikel kali ini adalah berkenaan kepentingan memiliki Medical Card Prudential BSN Takaful.

Ramai prospect diluar sana tidak mengetahui keperluan dan kepantingan perlindungan Medical Card ini. Kebanyakannya mereka akan bertanya:

1) Mengapa saya perlu ambil Medical Card kerana saya sudah dilindungi oleh company?
2) Kalu sakit saya boleh pergi Hospital Kerajaan sahaja
3) Medical Card Mahal, tak ada ke dalam RM50?
4) Belum ada budget lagi

Ini adalah soalan-soalan lazim yang sering ditanyakan atau cubaan untuk mengelak dari mengambil Medical Card. Ingin saya tekankan disini bahawa kami x pernah paksa anda untuk ambil atau tidak tetapi kami sebagai PENASIHAT PRUDENTIAL BSN TAKAFUL adalah menjadi tugas kami untuk beri KESEDARAN dan cuba untuk  MEMBANTU anda diluar sana untuk DILINDUNGI demi masa hadapan anda yang lebih cerah.

Siapakah Yang Perlu Memiliki Medical Card?



Pendapat orang ramai menyatakan Insurance ini adalah untuk orang-orang kaya, berduit sahaja. Betul ke?



Bagi golongan yang berduit ini mesti anda mempunyai banyak harta, aset dan simpanan daripada hasil titik peluh anda sendiri ataupun simpanan daripada hasil perlaburan anda. Oleh itu anda tidak mempunyai halangan/masalah untuk memberi komitmen terhadap bayaran caruman setiap bulan.



Tetapi andailah nak dijadikan cerita, anda mengalami serangan jantung di pejabat dan anda terus dikejarkan ke Hospital yang terdekat, adakah anda mempunyai wang yang mencukupi didalam wallet anda untuk menampung pembelanjaan anda semasa anda sedang masuk ke Hospital tersebut? Anda banyak duit simpanan didalam bank, tetapi bolehkah orang lain mengeluarkan duit anda didalam bank tersebut? Anda mahu bagi no pin kad ATM anda kepada rakan anda? Mampukah anda untuk beri maklumat anda semasa anda sedang menahan sakit?
Contoh Bill Rawatan Jantung Di IJN

Jika anda mempunyai Medical Card, anda hanya perlu menunjukkan sahaja medical card anda kepada kaunter pendaftaran. Tetapi bagaimana pula dengan golongan yang kurang berduit pula bagaimana?

Bagaimana untuk anda mengharungi situasi seperti diatas? Wang simpanan anda cukup ke untuk menampung perbelanjaan tersebut? Adakah keluarga anda dan sahabat anda mampu untuk bantu anda semasa anda susah? Itulah gunanya medical card.

Sakit ini bukannya mengenal usia. Sedangkan bayi yang baru lahir juga boleh terdedah dengan pelbagai penyakit. Jika anda mengalami situasi seperti gambar disebelah, anda sudah bersedia ke untuk menanggung kos rawatan tersebut?
Golongan Kurang Berduit: "Oh saya x mampu untuk mohon medical card. Gaji saya Berapa sangat je". Kebanyakan rakyat kita boleh je hisap rokok, shopping tudung sampaikan kene que berjam-jam baru boleh masuk kedai, berkaraoke sana-sini. Mari kita tengok contoh paling ketara, rokok. Semua orang tahu merokok itu HARAM di sisi Islam. Tak kiralah Dunhill ke, Marlboro ke, e-cigarette ke, vapour ke, fatwa telah menjatuhkan hukum merokok itu HARAM tetapi masih ramai yang menghisap rokok. Malah perbelanjaan rokok itu sendiri mencecah RM300 sebulan. Jika perokok ini gunakan dana rokok ini untuk mohon medical card, mereka akan dapat plan yang bagus iaitu Health Enrich Advance dimana lebih benefit yang mereka boleh dapat. Untuk medical card biasa sahaja bukannya sampai pun RM300 malah anda boleh dapat dalam harga bawah RM200 bergantung faktor umur dan kesihatan. Oleh itu kenapa bagi alasan anda tak mampu lagi? Terang-terang anda tahu jika anda merokok, anda akan memendekkan tempoh nyawa anda.

Boleh pergi Hospital Kerajaan. Murah Tak Payah Pening-pening Kepala


Ini adalah statement yang sering konsultant dengar dari mulut prospect diluar sana. Saya personally bersetuju dengan statement kos rawatannya murah dimana sebelum ni pun saya pernah dimasukkan ke Hospital Kerajaan. Tetapi anda pasti ke kos rawatan kritikal murah? Anda pasti ke kos peralatan yang digunakan untuk merawat anda itu murah? Betul ke anda tak pening kepala????

Ya, rawatan harian memang murah. Hanya pendaftaran RM5 dah boleh settle dah. Tetapi bagaimana dengan Jantung? Kanser? Murah ke? Anda sanggup ke menunggu selama berjam-jam untuk hanya untuk berjumpa doktor dan menunggu berjam-jam lagi untuk mendapatkan keputusan? Anda mahu tunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan rawatan susulan?

Jika murah kenapa perlukan sumbangan orang awam?
Saya personally pernah mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan akibat insiden semasa bermain futsal pada pertengahan tahun 2012 dimana keesokannya pergi ke Hospital Kerajaan untuk mendapatkan rawatan dan didapati lutut kaki saya sudah lari dan saya perlu merehatkan diri saya. Kemudian saya dibekalkan sebuah alat bantuan untuk kaki saya dimana selepas 3 bulan baru saya dapat menggunakan peralatan tersebut kerana ketiadaan stok. Kos peralatan tersebut adalah RM800. Jika alat yang lebih baik kosnya dalam RM1,000 - 2,000++. Terkejut juga saya tak sangka kosnya mahal jugak. Ingatkan semuanya disubsidikan. Nasib baiklah saya memang ada cash ketika itu.

Company Sudah Lindungi Saya!!!


Alhamdulillah anda sudah dilindungi oleh syarikat anda tetapi cuba rujuk gambarajah di sebelah. Cuba letakkan diri anda sebagai pemilik syarikat. Anda rasa jika staff anda dalam keadaan tidak sempurna dan tidak sihat, adakah anda menilai staff anda sebagai aset atau liabiliti syarikat? Apa akan anda buat kepada liabiti di dalam syarikat? Mesti anda akan buang liabiti tersebutkan.

Sebab itu anda perlukan perlindungan untuk diri anda sendiri juga. Anda akan dapat kelebihan seperti gambar disebelah. Inilah realiti kehidupan. Anda dengan senangnya dapat digantikan serta-merta terutama anda bekerja di syarikat yang hebat dan gah. Ramai graduan-graduan dan pencari kerja diluar sana ingin membina karier di syarikat-syarikat seperti ini. Mereka bukannya pedulikan terhadap anda. Susah-senang anda menaikkan syarikat bukannya dipandang oleh orang lain.

Seperti kes rombakan semula salah sebuah syarikat gergasi di Malaysia baru-baru ini apakah nasib mereka? Masihkah syarikat tersebut menjaga kebajikan mereka yang terlibat? Anda sendiri boleh tahu apa jawapannya kan.

Bagaimana pula nasib anda baik dan kehidupan dan karieer anda berjalan lancar dan anda bersama-sama dengan syarikat sehingga anda bersara, apakah yang akan terjadi selepas anda bersara? Syarikat masih menjaga kebajikan anda?

Jawapannya TIDAK. Syarikat hanya melindungi kakitangannya sahaja, bukan bekas kakitangan. Selepas bersara baru sudah tiada medical card company dan baru mula nak mohon, harga sudah mahal atas faktor umur dan kesihatan. Semakin anda berumur, semakin anda tercenderung terhadap penyakit. Betul kan?






Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Mohon?


Jawapannya, Seawal yang mungkin sementara anda masih sihat. Ajal maut dan Sakit itu ketentuan Allah. Sebaik-baiknya lengkapi perlindungan untuk diri dan keluar kita seawal-awalnya. Zaman sekarang sudah ramai yang sedar akan keperluan Medical Card ini. Ramai yang mula melindungi anak-anak mereka sejak baru lahir lagi. Memang x rugi dan banyak faedah jika dilindungi dari awal. Anak kita bukan sahaja mendapat perlindungan malah mereka juga layak untuk mendapatkan bonus pengajian bagi pencapaian mereka. Dengan Prudential BSN Takaful juga dilengkapi dengan simpanan. Jadi anak anda bukan sahaja dilindungi malah juga anak anda mempunyai simpanan untuk membantu mereka menanggung pembelanjaan mereka semasa melanjutkan pelajaran ke Universiti kelak.

Oleh itu dari segi umur, anda layak mohon dari berumur seawal 14 hari bergantung juga faktor kesihatan. Bagi yang telah lanjut tu mohonlah seawal yang boleh. Semakin berumur semakin mahal medical card anda.


Medical Card Bawah RM50

Soalan favourite setiap prospect. Bagi pihak Prudential BSN Takaful jawapannya, TIADA. Kenapa?


  1. Kos rawatan mahal. Dengan dana yang terkumpul daripada caruman sebanyak itu tidak dapat menampung kos pembayaan dan merugikan syarikat.
  2. Medical kami adalah medical card terbaik sekali No. 1 di Malaysia dan telah diiktiraf oleh semua pihak dari segi service dan product range. Malah premium bermula pada hanya RM100 dan mempunyai simpanan.
  3. Medical Card Prudential BSN Takaful adalah First Party, bukan Third Party. Kelebihannya, medical card kami diuruskan oleh Prudential sendiri bukan pihak ketiga. Jika diuruskan oleh pihak ketiga, 1) Harga medical card anda boleh dinaikkan bila-bila masa sahaja 2) Medical Card anda boleh dibatalkan bila-bila masa sahaja jika penggunaan anda yang tinggi. Sedangkan kereta kita ambil First Party Insurance kenapa untuk diri kita hanya ambil Third Party?




Saya berharap penerangan saya kali ini dapat memberi maklumat dan jawapan yang dicari pembaca-pembaca sekalian dan juga dapat memberi kesedaran betapa pentingnya memiliki Medical Card Prudential BSN Takaful ini. Oleh itu, mohonlah sementara anda sihat dan seawal yang mungkin. Melaburlah untuk diri dan keluarga anda.

Permohonan anda boleh melalui saya di +60182234252 Idzham. Anda juga boleh click pada no tersebut untuk mengunjungi FB saya